CARA MENGATASI PENGHINAAN DI TEMPAT BERIBADAT




Antara yang boleh dillakukan ialah memberi ruang kepada dialog yang sihat supaya dapat dikurangkan prasangka dan memupuk semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perlu ada penjelasan dari perspektif keagamaan mengenai prinsip kepelbagaian kepada masyarakat bagi memberi kefahaman lebih baik bahawa pentingnya memastikan perpaduan dan kehidupan yang harmoni agar dapat diwariskan kepada generasi masa hadapan. 

Wacana akademik atau seminar juga dapat meningkat interaksi positif dalam masyarakat majmuk Malaysia serta membincangkan kefahaman mengenai nilai agama untuk membantu menangani isu sejagat yang menggugat manusia keseluruhannya.

Dialog antara agama dapat meneruskan kesinambungan hubungan etnik, perpaduan, keharmonian, tolak ansur, saling hormat dan juga menghindarkan konflik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AHLI KUMPULAN

  1) NURUL HUDA BINTI ASHAARI (04DPM22F1031) 2) NUR IRFA IDIANA BINTI SUKRI (04DPM22F1076)